Thursday, November 22, 2007

NILAM 2007

1)Pertama kali SKTIWA menyertai pemilihan Tokoh Pembaca peringkat PKG Batu Gajah dan telah berjaya ke peringkat Daerah Kinta Selatan.Diperingkat ini adik Nurhazirah Khairil Anuar telah dipilih mewakili PPD Kinta Selatan untuk ke peringkat negeri.
Nurhazirah telah menyertai Kem Membaca dan Pemilihan Tokoh Pembaca Peringkat Negeri Perak di Telok Dalam Resort, Pulau Pangkor pada 2 -7 September 2007.
Anugerah NILAM Negeri Perak telah diadakan pada 31 Okt 2007 di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak dan Nurhazirah hanya berjaya berada di tempat ke-5.Walaupun tidak meraih kedudukan terbaik, syabas diucapkan kepada adik Nurhazirah kerana telah membawa nama SKTIWA dan PPD Kinta Selatan buat pertama kalinya dalam sejarah. Diharap Nurhazirah akan terus berusaha gigih di masa depan.


2)Calon Tokoh NILAM yang kedua Nur Hamizah Abdul Wahab Bee telah berpeluang mengikuti kem Jejak Maklumat di Putri Bayu Resort, Pulau Pangkor pada 16-18 Nov 2007.

3)Peningkatan Program NILAM agak ketara pada tahun 2007 di mana seramai 17 orang mendapat Jauhari NILAM, 14 orang Jauhari Emas, 51 orang Jauhari Perak dan 57 Jauhari Gangsa.
Program Rakan Pembaca pula berjaya melahirkan seorang RP Nilam, 4 orang Perak dan 19 Gangsa daripada 90 orang yang mengambil bahagian sepanjang 2007.

UPSR2007

Tahun 2007 merupakan tahun bersejarah dan paling cemerlang bagi SKTIWA,Batu Gajah, Perak kerana meningkat 100% bilangan calon yang mendapat 5A. Seramai 27 orang mendapat 5A dan 18 orang mendapat 4A1B .Sebelumnya SKTIWA hanya memperoleh 13 orang 5A.
Menurut Guru Besar En. Ahmad Shakir B. Jamaluddin, PPN ,kejayaan tersebut hasil kerjasama guru-guru Tahun 6 yang sanggup datang awal ke sekolah bagi memulakan sesi pembelajaran bermula seawal jam 7.0 pagi. Kelas tambahan selepas waktu sekolah juga menyumbang kejayaan cemerlang ini. Pada waktu malam juga , SKTIWA mengadakan kelas tambahan untuk tahun 5 dan 6, yang mana merupakan usaha berterusan sepanjang tahun.
Kerjasama semua guru juga dalam menjalankan P&P berkesan daripada tahun 1 hingga tahun 5 merupakan asas kejayaan UPSR.